Sunday, December 27, 2009

Memahami nafsu manusia

Nafsu kalau tidak dididik ke arah kejahatan pun, dia tetap akan buat kejahatan. Betapalah kalau dididik ke arah kejahatan dan melalui sistem yang jahat. Malang bagi suatu bangsa yang nafsunya memang jahat, dididik, diasuh dan dibaja pula ke arah kejahatan. Akan lahirlah orang pandai yang jahat, orang bodoh yang jahat, pemimpin yang jahat dan pendidik yang jahat. Sebab itu nafsu perlu dikenali tahap-tahapnya. Nafsu wataknya memang jahat.

Sesiapa yang bermujahadah terhadap nafsu, ditingkatkannya daripada jahat kepada baik, maka Tuhan akan memberi petunjuk kepada jalan yang baik. Itu janji Tuhan. Sebab itu nafsu kena dididik. Nafsu adalah musuh utama manusia. Kedua baru syaitan. Nafsu musuh dalaman. Syaitan hanya musuh luaran. Tetapi pelik, manusia tidak pandang seperti itu. Sebab itu orang yang besarkan Tuhan akan memandang nafsu itu besar dan wajib diperangi. Nafsu itulah yang sangat menyusahkan. Sebab itu dalam ajaran Islam kita mesti bermujahadah dalam melawan nafsu. Di dalam ajaran Islam, nafsu ada tujuh peringkat:

1. Nafsu Ammarah
Nafsu yang paling jahat dan paling zalim. Jika berbuat kejahatan, dia berbangga dengan kejahatannya. Kalau terpaksa susah kerana kejahatannya, dia sanggup. Jika ada orang mengingatkannya tentang kejahatannya, dia akan menjawab, "Saya anak jantan." Bayangkanlah, kalau orang macam ini jadi pemimpin dan berkuasa.

2. Nafsu Lawwamah
Nafsu yang mencerca dirinya sendiri. Sentiasa kesal dengan diri sendiri. Tidak hendak berbuat jahat tetapi tidak mampu melawan nafsu. Bila melakukan kejahatan, sedih tapi buat lagi. Contohnya, ketika lalu di kebun orang, ternampak limau, rambutan dan sebagainya, walaupun sudah berazam tidak akan mencuri, tetapi ambil dan mencuri lagi. Orang nafsu di peringkat ini sudah mula sedar tetapi tidak larat hendak melawan hawa nafsunya.

3. Nafsu Mulhamah
nafsu yang telah diberi ilham, sudah mula dipimpin, diberi hidayah. Tuhan ambil perhatian sebab dia sudah mula mendidik nafsunya. Apabila seseorang itu bersungguh-sungguh melawan nafsunya, atas belas kasihan Allah maka Tuhan akan pimpin. Oleh kerana baru dididik, ibarat orang berjalan hendak menyeberang dan melintas jalan yang di tengah-tengah ada benteng, dia sudah berada di atas benteng. Ertinya dia sudah di atas sempadan.

4. Nafsu Mutmainnah
Istilah mutmainnah bermaksud tenang, tidak digugat oleh kesenangan dan kesusahan, tidak digugat oleh sihat atau sakit, orang hina atau orang puji. Semuanya sama sahaja. Pujian orang tidak menyebabkan hati terasa sedap dan tidak berbunga. Orang keji, tidak terasa sakit. Tidak ada perasaan hendak marah atau berdendam. Sebab hatinya sudah tenang, perkara positif atau negatif tidak menggugatnya.

5. Nafsu Radhiah

Orang yang berada di peringkat nafsu radhiah ini, dia meredhai apa sahaja yang Allah takdirkan kepadanya. Ia terhibur dengan ujian. Ia merasakan ujian adalah hadiah dari Tuhan. Bila orang menghinanya, dia berterima kasih kepada Tuhan dan dia rasa bahagia. Sebab itu mereka yang berada di peringkat ini, bila kena pukul, mereka rasa puas. Bila ditampar, seolah-olah minta ditampar lagi.

6. Nafsu Mardhiah

Orang yang berada di peringkat nafsu ini ialah apa saja yang mereka lakukan mendapat keredhaan Tuhan. Mereka inilah yang disebut dalam Hadis Qudsi:

"Mereka melihat dengan pandangan Tuhan, mendengar dengan pendengaran Tuhan, berkata-kata dengan kata-kata Tuhan."

Kata-kata mereka masin, sebab itu mereka cukup menjaga tutur kata. Kalaulah mereka mengatakan celaka, maka celakalah. Kerana kata-kata mereka, kata-kata yang diredhai Tuhan. Mereka memandang besar apa saja yang Tuhan lakukan.

7. Nafsu Kamilah

Orang yang sempurna atau hampir sempurna keimanannya. Bagi nafsu kamilah, manusia biasa tidak boleh sampai ke tahap macam ini. Kamilah hanya darjat untuk para rasul dan para nabi. Manusia biasa hanya setakat peringkat keenam sahaja iaitu mardhiah. Ini sudah taraf wali besar.

Hari ini nafsu sudah tidak diperangi dan tidak dianggap musuh yang wajib diperangi. Sebab itu, tanyalah sesiapa sekalipun, tidak ada seorang pun yang memasukkan pendidikan nafsu dalam sukatan pelajaran. Ayat Al Quran dan Hadis yang dibaca dan dipelajari di sekolah pun tidak ada ayat-ayat yang berkaitan dengan nafsu dan kejahatannya.

Usaha memerangi nafsu tidak diaplikasikan dalam tindakan. Bila sebut musuh, yang mula-mula nampak ialah Yahudi dan Amerika sahaja. Sedangkan Yahudi dan Amerika itu hanya mainan nafsu sahaja. jadi, sebagai seorang manusia fikir-fikir dan renungkanlah dimanakah tahap nafsu kita sekarang. usaha mendidik nafsu ini perlu diteruskan supaya kita sebagai manusia ini akan terus menjadi manusia yang sebenarnya.

rahsia penciptaan zombie

Sebenarnya zombie dihidupkan dari satu upacara yang berasal dari Kepulauan Haiti yang dilakukan oleh pawang voodoo di Haiti.
Bagi mengesahkan kewujudan zombie daripada pawang voodoo ini, seorang penulis Zora Neale Hurston cuba mencari kunci kepada jawapan ini pada 1937. Walaubagaimanapun, hasilnya mengecewakan apabila pihak-pihak yang ditemukanya tidak mahu mendedahkan rahsia ini. Pada 1940-an barulah Hurston mendapat jawapan walaupun kabur di pulau itu.
Kes 1- 1970
Felisia Felix Mentor yang dikatakan mati pada 1970 dijumpai merayau selepas 30 tahun kematiannya di Negara berkenaan.
Kes 2-2 Mei 1962
Clairvius Narcisse, di disahkan mati pada 2 Mei 1962 tiba-tiba muncul di sebuah kawasan perkampungan pada 1980.

Wade Davis seorang ahli Entobotani di Canada ke Haiti bagi membongkar misteri zombie ini pada 1982. Beliau menjalan kajian dan pemerhatian berkenaan dengan amalan voodoo yang dilakukan oleh pawang berkenaan.
Keputusan:
Kajian yang dilakukan mendapati pawang yang mengendalikan upacara voodoo menggunakan ramuan tertentu termasuklah dalam merawat penduduk yang cedera dan sakit. Diantara ramuan yang digunakan adalah seperti cicak, ikan buntal, katak, labah-labah, kodok dan tulang manusia yang diperoleh dari empat wilayah di kepulauan berkenaan. Ramuan lain tumbuhan dan haiwan lain juga dicampurkan sekali. Hasil dari kajian Davis mendapati, campuran ramuan-ramuan yang digunakan ini telah menghasilkan sejenis racun tetrodotoxin yang menyebabkan sesiapa yang terkena racun tersebut akan lumpuh dan akan kelihatan seperti sudah mati untuk satu tempoh masa yang tertentu. Dan apabila keadaan ini berlaku, pesakit dikatan mati walaupun mereka sebenarnya hanyalah lumpuh dan kelihatan seperti mayat. Kemudian pawang voodoo akan menghapiri `mayat` tadi untuk menghidupkannya semula. Namun sebenarnya `mayat` tadi akan kembali sedar apabila kesan dari racun tetrodotoxin sudah hilang dari pesakit tadi dan mereka kembali sedar. Selain racun tetrodotoxin , Davis turut menemui sejenis ramuan lain yang menjadikan sesiapa sahaja yang terkena padanya akan menyebabkan ianya menjadi bingung dan menjadi tidak berperasaan.